Monday, 13 February 2012

Pendahuluan


         
 Pada 19 Februari setiap tahun telah diisytiharkan sebagai Hari anti Dadah Kebangsaan.  Pengisytiharan ini dibuat oleh Y. A. B Perdana Menteri Malaysia pada 19 Februari 1983.  Ini menunjukkan negara kita amat komited kepada usaha dan gerakan mencapai sasaran Malaysia bebas Dadah.

            Masalah dadah bukanlah satu perkara baru.  Ia telah meresapi masyarakat kita sejak sekian lama.  Sebenarnya dadah merupakan satu kecelakaan yang amat besar dan boleh melumpuhkan kesejahteraan dalam kehidupan ini.  Dadah akan menghancurkan kesejahteraan hidup individu, keluarga, masyarakat dan negara.  Ia tidak mengenal kaum, agama, usia dan jantina.


            Menyedari akan hakikat dan bahayanya dadah, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan matlamat Sekolah Bebas Dadah tahun 2012.  Visi Pendidikan Pencegahan Dadah ini telah dilancarkan oleh Menteri Pendidikan ketika itu pada 8 Januari 1998.  Adalah menjadi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memastikan murid sifar dadah dan sekolah bebas dadah.

            Pihak SK Seri Setia terpanggil untuk membantu merealisasikan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia tersebut.  Lantas, kata putus diambil bahawa pihak sekolah perlu mewujudkan sebuah sudut khas yang didalamnya terdapat pelbagai informasi berkaitan dadah bertepatan dengan surat KPM, KP(BS) 85491/ Jld XV11(3), Pengurusan Bilik Sumber Dan Sudut/ Lorong PPDa Di Sekolah.  Hasrat ini perlu dilakukan demi masa depan anak didik di sekolah ini demi generasi akan datang.  Mereka perlu diberi hak untuk mengetahui bahaya dadah, agar tidak menjadikan dadah sebagai sahabat mereka kelak.

           
           Oleh itu, pada tanggal 4 Februari 2008, Sudut Sumber PPDa SK Seri Setia mula diwujudkan sehingga kini.  Dari semasa ke semasa sudut ini telah dimurnikan sehingga kini.  Pelbagai program telah dilancarkan sejak 2008 hingga kini.

No comments:

Post a Comment