Thursday 9 February 2012

Sejarah Sekolah


        

Sekolah Kebangsaan Seri Setia adalah sebuah sekolah bantuan penuh kerajaan yang dibina melalui Rancangan Malaysia ke-7, bernilai RM10 juta. Merupakan projek pembinaan sekolah pasang siap

           
Sekolah ini mempunyai empat blok iaitu blok A dan B merupakan bahagian pentadbiran manakala blok C dan D adalah blok akademik. Dikategori di PPD sebagai sekolah Gred B dan bertaraf bandar.

            Pada 23 Oktober 2000, Pejabat Pendidikan Daerah telah mula mengambilalih perjalanan sekolah ini bagi tujuan memulakan operasi persekolahan. Di mana dua orang telah diamanahkan sebagai “Care Taker” berkuatkuasa pada 24 Oktober 2000. Dua orang guru yang dimaksudkan ialah En. Burhanuddin b Hj Hassan dan Tn Hj. Abdul Kadir b A’ala. Mereka bertanggungjawab memastikan peralatan sekolah  sampai sehinggalah sekolah dibuka sepenuhnya pada 3 Januari 2001.

            Pada 15 Disember 2001, En. Abdul Rahim b Ayub telah melaporkan diri sebagai Guru Besar pertama sekolah ini. Beliau bertugas di sekolah ini sehingga 17 Julai 2001.Tempat beliau diganti oleh En. Nordin b Muhammad Amin sehingga Januari 2008. Selepas itu Pn. Fauziah bt Husin sehingga Januari 2012 dan diganti oleh Tn. Hj. Badry b Zawawi sehingga kini.

No comments:

Post a Comment