Saturday 21 July 2012

JAWATANKUASA INDUK PPDa SK SERI SETIA
PENGERUSI             : TN HJ BADRY BIN ZAWAWI
NAIB PENGERUSI 1           : PN MARDZIAH BT MOKHTAR
NAIB PENGERUSI 2           : PN HJH RAHANI BT HUSSEIN
NAIB PENGERUSI 3           : PN. ZAITON BT ZAWREE
SETIAUSAHA          : PN. SHARIFAH NASRUL HASNI BT SYED HASAN
P/SETIAUSAHA       : PN HJH ASMA BT HUSIN
AJK                             : EN YUNUS DEMIN
                                      PN RASMAIZA BT ABD RAHIM
                                      PN. SUTINAH BT NAIF
                                      PN. WAN AZHANA BT WAN MOHAMMAD
                                      PN. AYU AKMAL BT ABD. SHUKOR
                                      PN. MINAH BT DAWI
                                      PN. SITI ASIAH BT TARMIZI
                                      PN. SHAFINI BT SHAARI
                                      CIK EMYLIA BT MUHAWIZ
                                      PN. ROSIDAH BT MUHAMMAD

Tuesday 14 February 2012

Sejarah Sudut PPDA



Pada tahun 2004, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/2004 memperkasakan pendidikan pencegahan dadah telah disiarkan kepada sekolah-sekolah. Dengan ini, guru kaunseling  telah dilantik sebagai guru PPDa.Maka pelbagai program PPDa telah dilaksanakan untuk staf dan murid-murid di sekolah ini. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti Perkembangan Staf, Minggu AntiDadah, Mesej Jauhi Dadah PPDa KBSM, Ceramah AntiDadah, Pameran AntiDadah, Pertandingan Poster AntiDadah, Pertandingan Buku Skrap AntiDadah, Pertandingan Esei AntiDadah, Kemahiran Personal dan Interpersonal, kaunseling PPDa, Kolokium Kepimpinan PPDa, Seminar PPDa, Program Keibubapaan dan sebagainya.

Pada tahun 2007, semua sekolah telah diarahkan untuk menubuhkan bilik/lorong/sudut PPDa di sekolah. Maka sudut PPDa di sekolah ini telah diwujudkan di bilik Bimbingan Dan Kaunseling.

Pada tahun 2008 SK Seri Setia telah menubuhkan sudut PPDa sendiri di lobi sekolah bagi memudahkan lagi pengunjung datang ke sudut ini.

Pada April 2009, Sudut Sumber PPDa SK Seri Setia telah dirasmikan oleh Pn. Fauziah Hussin , guru besar SK Seri Setia ketika itu.

Pada tahun 2011, Sudut Sumber PPDa SK Seri Setia sekali lagi telah dicalonkan untuk menyertai Pertandingan Anugerah Kualiti Kategori Sudut / Lorong Sumber PPDa.Alhamdulillah, berkat kerjasama dan kegigihan jawatan kuasa PPDa, Sudut Sumber PPDa SK Seri Setia telah terpilih sebagai penerima anugerah tersebut.

Pada Januari 2012, penambahbaikan dan perubahan telah dilakukan secara besar-besaran supaya sudut ini lebih teratur dan tersusun. Sudut sumber PPDa SK Seri Setia telah dikelaskan mengikut maklumat-maklumat berkaitan Anti Dadah beserta dengan hasil kerja murid dan aktiviti murid kepada 13 transit.






Monday 13 February 2012

Visi & Misi Sekolah


FALSAFAH SEKOLAH
Mendukung Prinsip Rukun Negara untuk melahirkan warganegara yang Berilmu, Berakhlak Mulia, Bertanggungjawab, Taat Setia kepada Agama, Bangsa dan Negara.

VISI SEKOLAH
Membentuk Kecemerlangan melalui Ilmu, Amalan, Keterampilan dan sahsiah yang unggul.

MISI SEKOLAH
Kami bersama-sama melaksanakan sistem pendidikan berteraskan ilmu pengetahuan untuk melahirkan kecemerlangan bertaraf dunia dalam bidang:
  1. Pengurusan dan kepimpinan yang cekap, berkesan, telus dan tulus serta berkualiti.
  2. Akademik yang berteraskan pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti bagi mencapai peperiksaan awam yang terbilang.
  3. Sahsiah yang berasaskan program pembangunan Modal Insan yang berdisiplin.
  4. Sukan (SUS) yang berasaskan pendekatan saintifik dan inovatif ke arah kecemerlangan.
  5. Kokurikulum yang berasaskan pembinaan generasi bestari, jati diri dan integrasi nasional.

Pendahuluan


         
 Pada 19 Februari setiap tahun telah diisytiharkan sebagai Hari anti Dadah Kebangsaan.  Pengisytiharan ini dibuat oleh Y. A. B Perdana Menteri Malaysia pada 19 Februari 1983.  Ini menunjukkan negara kita amat komited kepada usaha dan gerakan mencapai sasaran Malaysia bebas Dadah.

            Masalah dadah bukanlah satu perkara baru.  Ia telah meresapi masyarakat kita sejak sekian lama.  Sebenarnya dadah merupakan satu kecelakaan yang amat besar dan boleh melumpuhkan kesejahteraan dalam kehidupan ini.  Dadah akan menghancurkan kesejahteraan hidup individu, keluarga, masyarakat dan negara.  Ia tidak mengenal kaum, agama, usia dan jantina.


            Menyedari akan hakikat dan bahayanya dadah, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan matlamat Sekolah Bebas Dadah tahun 2012.  Visi Pendidikan Pencegahan Dadah ini telah dilancarkan oleh Menteri Pendidikan ketika itu pada 8 Januari 1998.  Adalah menjadi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memastikan murid sifar dadah dan sekolah bebas dadah.

            Pihak SK Seri Setia terpanggil untuk membantu merealisasikan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia tersebut.  Lantas, kata putus diambil bahawa pihak sekolah perlu mewujudkan sebuah sudut khas yang didalamnya terdapat pelbagai informasi berkaitan dadah bertepatan dengan surat KPM, KP(BS) 85491/ Jld XV11(3), Pengurusan Bilik Sumber Dan Sudut/ Lorong PPDa Di Sekolah.  Hasrat ini perlu dilakukan demi masa depan anak didik di sekolah ini demi generasi akan datang.  Mereka perlu diberi hak untuk mengetahui bahaya dadah, agar tidak menjadikan dadah sebagai sahabat mereka kelak.

           
           Oleh itu, pada tanggal 4 Februari 2008, Sudut Sumber PPDa SK Seri Setia mula diwujudkan sehingga kini.  Dari semasa ke semasa sudut ini telah dimurnikan sehingga kini.  Pelbagai program telah dilancarkan sejak 2008 hingga kini.

Thursday 9 February 2012

Sejarah Sekolah


        

Sekolah Kebangsaan Seri Setia adalah sebuah sekolah bantuan penuh kerajaan yang dibina melalui Rancangan Malaysia ke-7, bernilai RM10 juta. Merupakan projek pembinaan sekolah pasang siap

           
Sekolah ini mempunyai empat blok iaitu blok A dan B merupakan bahagian pentadbiran manakala blok C dan D adalah blok akademik. Dikategori di PPD sebagai sekolah Gred B dan bertaraf bandar.

            Pada 23 Oktober 2000, Pejabat Pendidikan Daerah telah mula mengambilalih perjalanan sekolah ini bagi tujuan memulakan operasi persekolahan. Di mana dua orang telah diamanahkan sebagai “Care Taker” berkuatkuasa pada 24 Oktober 2000. Dua orang guru yang dimaksudkan ialah En. Burhanuddin b Hj Hassan dan Tn Hj. Abdul Kadir b A’ala. Mereka bertanggungjawab memastikan peralatan sekolah  sampai sehinggalah sekolah dibuka sepenuhnya pada 3 Januari 2001.

            Pada 15 Disember 2001, En. Abdul Rahim b Ayub telah melaporkan diri sebagai Guru Besar pertama sekolah ini. Beliau bertugas di sekolah ini sehingga 17 Julai 2001.Tempat beliau diganti oleh En. Nordin b Muhammad Amin sehingga Januari 2008. Selepas itu Pn. Fauziah bt Husin sehingga Januari 2012 dan diganti oleh Tn. Hj. Badry b Zawawi sehingga kini.