Tuesday, 14 February 2012

Sejarah Sudut PPDA



Pada tahun 2004, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/2004 memperkasakan pendidikan pencegahan dadah telah disiarkan kepada sekolah-sekolah. Dengan ini, guru kaunseling  telah dilantik sebagai guru PPDa.Maka pelbagai program PPDa telah dilaksanakan untuk staf dan murid-murid di sekolah ini. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti Perkembangan Staf, Minggu AntiDadah, Mesej Jauhi Dadah PPDa KBSM, Ceramah AntiDadah, Pameran AntiDadah, Pertandingan Poster AntiDadah, Pertandingan Buku Skrap AntiDadah, Pertandingan Esei AntiDadah, Kemahiran Personal dan Interpersonal, kaunseling PPDa, Kolokium Kepimpinan PPDa, Seminar PPDa, Program Keibubapaan dan sebagainya.

Pada tahun 2007, semua sekolah telah diarahkan untuk menubuhkan bilik/lorong/sudut PPDa di sekolah. Maka sudut PPDa di sekolah ini telah diwujudkan di bilik Bimbingan Dan Kaunseling.

Pada tahun 2008 SK Seri Setia telah menubuhkan sudut PPDa sendiri di lobi sekolah bagi memudahkan lagi pengunjung datang ke sudut ini.

Pada April 2009, Sudut Sumber PPDa SK Seri Setia telah dirasmikan oleh Pn. Fauziah Hussin , guru besar SK Seri Setia ketika itu.

Pada tahun 2011, Sudut Sumber PPDa SK Seri Setia sekali lagi telah dicalonkan untuk menyertai Pertandingan Anugerah Kualiti Kategori Sudut / Lorong Sumber PPDa.Alhamdulillah, berkat kerjasama dan kegigihan jawatan kuasa PPDa, Sudut Sumber PPDa SK Seri Setia telah terpilih sebagai penerima anugerah tersebut.

Pada Januari 2012, penambahbaikan dan perubahan telah dilakukan secara besar-besaran supaya sudut ini lebih teratur dan tersusun. Sudut sumber PPDa SK Seri Setia telah dikelaskan mengikut maklumat-maklumat berkaitan Anti Dadah beserta dengan hasil kerja murid dan aktiviti murid kepada 13 transit.






No comments:

Post a Comment