Pada tahun
2004, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/2004 memperkasakan pendidikan pencegahan
dadah telah disiarkan kepada sekolah-sekolah. Dengan ini, guru kaunseling telah dilantik sebagai guru PPDa.Maka
pelbagai program PPDa telah dilaksanakan untuk staf dan murid-murid di sekolah
ini. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti Perkembangan Staf, Minggu
AntiDadah, Mesej Jauhi Dadah PPDa KBSM, Ceramah AntiDadah, Pameran AntiDadah,
Pertandingan Poster AntiDadah, Pertandingan Buku Skrap AntiDadah, Pertandingan
Esei AntiDadah, Kemahiran Personal dan Interpersonal, kaunseling PPDa, Kolokium
Kepimpinan PPDa, Seminar PPDa, Program Keibubapaan dan sebagainya.
Pada tahun
2007, semua sekolah telah diarahkan untuk menubuhkan bilik/lorong/sudut PPDa di
sekolah. Maka sudut PPDa di sekolah ini telah diwujudkan di bilik Bimbingan Dan
Kaunseling.
Pada tahun
2008 SK Seri Setia telah menubuhkan sudut PPDa sendiri di lobi sekolah bagi
memudahkan lagi pengunjung datang ke sudut ini.
Pada April
2009, Sudut Sumber PPDa SK Seri Setia telah dirasmikan oleh Pn. Fauziah Hussin
, guru besar SK Seri Setia ketika itu.
Pada tahun
2011, Sudut Sumber PPDa SK Seri Setia sekali lagi telah dicalonkan untuk
menyertai Pertandingan Anugerah Kualiti Kategori Sudut / Lorong Sumber
PPDa.Alhamdulillah, berkat kerjasama dan kegigihan jawatan kuasa PPDa, Sudut
Sumber PPDa SK Seri Setia telah terpilih sebagai penerima anugerah tersebut.
Pada
Januari 2012, penambahbaikan dan perubahan telah dilakukan secara besar-besaran
supaya sudut ini lebih teratur dan tersusun. Sudut sumber PPDa SK Seri Setia
telah dikelaskan mengikut maklumat-maklumat berkaitan Anti Dadah beserta dengan
hasil kerja murid dan aktiviti murid kepada 13 transit.